awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel pada tahun ini

Bernama
Bernama
31/03/2022
06:42 MYT
PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel pada tahun ini
Arjunaidi berkata, pengambilan ini akan dapat menampung kekosongan jawatan anggota dalam PDRM, susulan terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak. - Bernama
DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjurkan pengambilan 4,573 pelatih lelaki dan 454 pelatih wanita untuk menyertai program latihan asas kepolisan konstabel di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pengambilan ini akan dapat menampung kekosongan jawatan anggota dalam PDRM, susulan terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan perbarisan tamat latihan program latihan asas kepolisan konstabel wanita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Dungun di sini hari ini beliau berkata sepanjang tahun lepas 4,752 lelaki dan 750 wanita telah berjaya menamatkan latihan asas kepolisan konstabel.
Turut hadir di majlis perbarisan hari ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Datuk Nerita Yaacob, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Komandan Pulapol Dungun Supt Lotfi Ameer Muhammad.
Sepanjang menjalani latihan asas kepolisan konstabel wanita itu, kesemua 349 pelatih di Pulapol Dungun didedahkan dengan pelbagai modul seperti akademik termasuk undang-undang dan syarahan liberal, latihan luar seperti kawad, latihan menembak dan kursus menunggang motosikal berat, modul prosedur kerja merangkumi balai pertanyaan, sekatan jalan raya, kawalan trafik serta modul kerohanian agama Islam dan pendidikan moral.
Ketika ini terdapat 3,112 pegawai kanan wanita, 12,287 anggota wanita biasa dan 977 anggota sokongan wanita dalam PDRM.
Sementara itu pelatih terbaik keseluruhan, Konstabel Noor Amirah Ahmad Azmi berkata minat yang mendalam dalam dunia kepolisan mendorongnya meninggalkan kerjaya sebagai peguam syarie di Ipoh, Perak.
"Walaupun saya telah mendapat pentauliahan Sijil Amalan Guaman Syarie dari Majlis Agama Islam Perak pada tahun 2019, namun dengan dorongan ayah, Ahmad Azmi Mat Ali, 63, yang juga pesara polis, ia menguatkan lagi semangat untuk saya mengikuti latihan asas kepolisan konstabel ini pada tahun lepas.
"Tambahan pula saya percaya PDRM akan terus memberi peluang untuk mengembangkan bakat, pengalaman dan ilmu untuk saya bertugas dengan lebih cemerlang selepas ini," katanya yang juga merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#konstabel
#anggota wanita
#pelatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan