awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah amanah: Pesakit kanser tahap empat diperintah jalani bon berkelakuan baik tiga tahun

Bernama
Bernama
10/04/2025
13:22 MYT
Pecah amanah: Pesakit kanser tahap empat diperintah jalani bon berkelakuan baik tiga tahun
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. - Adobe Stock
KUCHING: Seorang wanita yang juga bekas juruwang di sebuah pasar raya diperintahkan menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 16 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM21,700.
Hakim Afidah Abdul Rahman memutuskan demikian terhadap bekas juruwang di sebuah pasar raya, Ivy Estivia Lita, 34, selepas mengambil kira keadaan tertuduh yang menghidap kanser kolon tahap empat dan sedang menjalani rawatan kemoterapi secara berkala.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah wang tambah nilai kad keahlian sebanyak 21 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM21,700.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika bertugas sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini dari tempoh 5 Jan hingga 20 Feb 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga didenda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu untuk hukuman yang lebih ringan atas alasan sukar untuk menguruskan diri akibat keadaan kesihatannya, selain sedang menjalani rawatan kemoterapi setiap dua minggu serta perlu menukar beg stoma sebanyak dua kali dalam sebulan.
"Saya juga telah membawa semua dokumen yang berkaitan untuk membuktikan bahawa saya sedang menjalani rawatan serta mempunyai janji temu perubatan secara berkala," katanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#bekas juruwanpesakit klanserg
#bon berkelakuan baik
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan