awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan

Bernama
Bernama
07/09/2021
20:00 MYT
Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas. - hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Isnin susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas.
"Suspek dipercayai telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta.
"Dia juga mempunyai akses akaun bank milik syarikat kerana pengadu (pengarah syarikat) cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun 2020 dan tiada individu lain mempunyai akses kepada wang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dua akaun bank wanita itu digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani
#pecah amanah
#syarikat pembinaan
#RM4 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan