awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah cermin, bakar kereta akibat selisih faham

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2021
22:44 MYT
Pecah cermin, bakar kereta akibat selisih faham
Suspek mengamuk sambil memegang seketul batu sebelum bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, Puchong pada Rabu. -Foto Sinar Harian
PUCHONG: Gara-gara pertikaman lidah di Facebook, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, di sini, pada Rabu.
Perbuatan lelaki tersebut tular melalui empat klip video berdurasi satu minit 30 saat, satu minit 26 saat, satu minit 15 saat dan 47 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan dirinya mengamuk sambil membuat provokasi serta memecahkan cermin kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 4 petang.
"Sekitar jam 8.40 malam kereta yang dirosakkan itu telah dibakar dipercayai dengan perbuatan khianat. Hasil maklumat, suspek yang berusia 42 tahun telah ditahan dan mengaku membakar kenderaan tersebut.
"Kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan beberapa hantaran di laman Facebook di antara kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Anbalagan berkata, seramai lima suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dua lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pecah cermin
#bakar kereta
#pertikaman lidah
#perbuatan khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan