JOHOR BAHRU: Polis menahan empat warga Rohingya termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Kulai dalam beberapa serbuan Khamis lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan serta berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun.
"Kumpulan ini disyaki mula bergiat aktif melakukan jenayah berkenaan pada pertengahan tahun ini dan modus operandi kumpulan ini adalah melakukan pecah rumah semasa penghuni tiada pada siang hari (waktu bekerja... Sasaran kumpulan ini adalah barang kemas dan wang tunai," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, 10 keping resit pajak gadai dan 16 set barang kemas pelbagai jenis.
Katanya polis sedang giat mengesan seorang lagi wanita warga Rohingya yang masih bebas dan dikenali sebagai Norjahan Ismail, dipercayai dalang kegiatan pecah rumah itu.
Kamarul Zaman juga berkata dengan tertangkapnya keempat-empat individu, enam kes pecah rumah membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM50,000 berjaya diselesaikan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan serta berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun. - Gambar hiasan

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.

Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak
Anggota polis sudah diarah melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan dikenal pasti terjejas akibat banjir.

Pecah rumah: 4 etnik Rohingya termasuk remaja perempuan 14 tahun ditahan
Polis menahan empat etnik Rohingya termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Johor Bharu, Batu Pahat dan Kulai.

Siasatan bersama dijalankan selepas suami Pelosi diserang dalam kejadian pecah rumah
Polis Capitol AS membantu Biro Penyiasatan Persekutuan dan Polis San Francisco dalam siasatan bersama ke atas insiden itu.

Geng Mawar aktif pecah rumah di Seberang Perai Utara diberkas
Kesemua empat anggota termasuk remaja berusia 16 tahun dan seorang wanita mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Geng Pendang aktif pecah rumah kecundang
Suspek yang berusia antara 29 dan 39 tahun masing-masing ditahan di Pendang dan Sungai Petani manakala dua suspek lagi di Alor Setar, Kedah.

Pecah rumah: Pencuri, pembeli hasil curi ditahan
Barangan dicuri ialah selaras senapang patah, 12 butir peluru, kain pua kumbu dan aksesori pakaian tradisional Iban bernilai RM2,000.

Polis tumpaskan 'Geng Seri'
Suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.

Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah
Peningkatan kes pecah rumah berlaku selepas pergerakan merentasi sempadan dibenarkan mulai April lalu.

Lelaki mengaku salah pecah rumah, mencuri, dipenjara enam tahun
Seorang lelaki yang melarikan diri dari kawalan polis dihukum penjara enam tahun selepas mengaku salah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri.