awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2023
20:00 MYT
PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital
Selain menyusun program, MCMC juga bertindak sebagai penghubung kepada usahawan dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persidangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang akan berlangsung hujung November ini sangat signifikan kepada pembangunan usahawan desa.
Ia merupakan peluang untuk usahawan desa melihat peluang-peluang perniagaan digital melalui dalam talian semaksimum mungkin.
PEDi merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjangkau para usahawan di peringkat akar umbi.
Menurut Ketua Jabatan Pusat Ekonomi Digital MCMC, Jacinta Felix, fungsi PEDi bukan hanya untuk memberi capaian internet tetapi membantu memberi latihan ICT.
"PEDi-PEDi ini fungsinya bukan hanya untuk memberikan capaian internet tetapi untuk membantu para pelajar untuk mendapat latihan ICT.
"Kita juga nak jadi PEDi yang inklusif, kita juga memberi latihan kepada warga emas, ibu tunggal dan suri rumah. Fokus utama bagi RMK12 adalah untuk mendigitalisasikan perniagaan," katanya dalam program Agenda AWANI.
Pengurus-pengurus PEDi diseluruh negara berfungsi sebagai ejen-ejen perubahan untuk transformasi perkhidmatan dari tradisional ke digital.
Menurut Pengurus PEDi Felda Suharto, Rossyafira Muhamad, PEDi di seluruh negara akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan swasta untuk menambah nilai perkhidmatan dan latihan yang disediakan.
Latihan yang diberikan bermula dari peringkat paling asas seperti bagaimana mahu mendaftar syarikat perniagaan.
"Seterusnya kita ada bengkel fotografi untuk mengambil gambar produk dan kemudian kita akan mengajar untuk memasarkannya di platform e-commerce seperti shopee, lazada dan sebagainya," katanya.
Bagi Usahawan PEDi, Firzah Puasa pertolongan yang diberikan oleh PEDi telah membantu mengembangkan perniagaannya.
"Bila saya dengan PEDi, mereka banyak memberi bimbingan terutama dalam memasarkan produk-produk yang dihasilkan menerusi platform digital.
"Antaranya, perkara asas seperti bagaimana nak buat live, macam mana mahu mulakan dan bagaimana mahu meyakinkan diri sendiri.
"Perkara-perkara yang diajar itu dapat membantu untuk saya meluaskan pasaran saya," katanya.
Terdapat beberapa program telah disusun oleh MCMC untuk memperkasakan usahawan-usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.
Selain menyusun program, MCMC juga bertindak sebagai penghubung kepada usahawan dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Topic Berkaitan
#usahawan
#digital
#MCMC
#PEDi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan