awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai akaun agensi pelancongan, umrah ditahan pecah amanah RM1.3 juta

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
26/01/2023
15:46 MYT
Pegawai akaun agensi pelancongan, umrah ditahan pecah amanah RM1.3 juta
Muhamad Zaki berkata, suspek telah mengakui membuat transaksi terbabit ke dua akaun milik rakannya. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang pegawai akaun sebuah agensi pelancongan dan umrah ditahan selepas dipercayai terlibat dengan pecah amanah membabitkan wang bernilai RM1.3 juta.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan jam 6.45 petang Rabu.
Katanya, dia didakwa telah membuat transaksi wang keluar ke akaun tidak mempunyai kaitan dengan syarikat sejak Julai 2022 sehingga Januari tahun ini.
"Polis telah menerima aduan daripada pengadu yang merupakan pengarah syarikat terbabit bagi kesalahan jenayah pecah amanah (mengambil wang syarikat).
"Pengadu mendapati terdapat keraguan transaksi iaitu dia didakwa melakukan transaksi perbankan dalam talian secara tidak sah, tanpa arahan pengadu dan bukan bagi urusan syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Muhamad Zaki berkata, suspek telah mengakui membuat transaksi terbabit ke dua akaun milik rakannya.
"Suspek turut mengaku kepada pengadu berhubung transaksi yang dibuat adalah atas arahan rakannya iaitu bekas rakan sekolahnya yang berada di Johor Bahru," katanya.
Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Khamis.
"Polis masih mengesan seorang lagi suspek warga Kemboja. Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#agensi umrah
#pecah amanah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan