awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, anggota polis Labuan direman lima hari kes rasuah

Bernama
Bernama
20/08/2023
05:38 MYT
Pegawai, anggota polis Labuan direman lima hari kes rasuah
Kedua-dua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Labuan pada 3 petang semalam. - Foto BERNAMA
LABUAN: Seorang pegawai dan anggota polis ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad di Mahkamah Majistret di sini.
Kedua-dua suspek berumur 42 tahun yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Labuan pada 3 petang semalam.
Pegawai berpangkat ASP dan anggota berpangkat koperal itu disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM3,950 melalui beberapa transaksi secara dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM) sebagai galakan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu berhubung kesalahan berkaitan dadah pada September 2022 dan Mac 2023.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan (mana-mana yang lebih tinggi) atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis direman
#kes rasuah
#Mahkamah Majistret Labuan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan