awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, anggota tentera maut kereta langgar belakang lori

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
23:50 MYT
Pegawai, anggota tentera maut kereta langgar belakang lori
Kereta dinaiki dua tentera yang melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang pada petang Rabu. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BESAR: Seorang pegawai dan anggota tentera maut dalam kemalangan selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang pada petang Rabu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 28 dan 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kaunter aduan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori pada jam 3.20 petang.
"Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun baru menjalani kerja pembersihan jalan dan dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas selesai kerja pembersihan jalan.
"Setiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Sabak Bernam menghala ke Klang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Agus Salim memberitahu, akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang juga Lans Koperal dan penumpang berpangkat Leftenan Kolonel mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pemandu lori tidak cedera.
Ujarnya, dua mangsa maut yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur itu dipercayai dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Port Dickson.
Tambah beliau, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tentera
#kemalangan maut
#kereta langgar lori
#Jalan Teluk Intan-Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan