awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan

Bernama
Bernama
28/02/2023
21:30 MYT
Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan
Pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
IPOH: Polis menahan seorang pegawai bank tempatan pada Isnin selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Jan lepas.
"Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.
"Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad," katanya dalam kenyataan.
Razlam berkata pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai bank
#guna maklumat pelanggan buat kad kredit
#Razlam Ab Hamid
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan