awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi

Bernama
Bernama
12/11/2023
10:20 MYT
Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi
Anggota polis terbabit direman sehari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini membabitkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.
Kesemua mereka berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan Jumaat lepas selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki yang juga seorang tukang paip berumur 40 tahun.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu pada 10 Nov lepas dan mereka direman sehari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai polis
#ditahan
#Air Itam
#kecurian
#polis pulau pinang
#Khaw Kok Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan