awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
04:55 MYT
Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Ruslin berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh berkaitan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh berkaitan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), Khamis lalu.
"Imigresen Malaysia tidak bertolak ansur dalam soal pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.
"Imigresen Malaysia menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
"Tahap integriti pegawai Imigresen Malaysia sentiasa dipastikan berada di tahap maksimum menerusi pelbagai program dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap mereka.
"Selain daripada itu, Jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran," katanya.
Pada Khamis, SPRM menerusi kenyataan mengesahkan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Sabah.
Kesemua mereka ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#salah laku pegawai
#SPRM
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan