awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja

Bernama
Bernama
30/05/2018
15:42 MYT
Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja
Datuk Seri Mustafar Ali berkata susulan kejadian itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenakan tindakan tahan kerja ke atas pegawai tersebut dengan serta merta. - Gambar fail/BERNAMA
Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atas seorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata susulan kejadian itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenakan tindakan tahan kerja ke atas pegawai tersebut dengan serta merta.
"Tindakan serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan.
"Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan, serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian," katanya.
Hari ini tular di media sosial video tindakan seorang pegawai Imigresen yang bertindak kasar terhadap seorang lelaki dipercayai warga Myanmar di Pejabat Imigresen di Wisma Persekutuan Johor Bahru pagi tadi.
Mustafar berkata, tindakan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertentangan dengan etika jabatan serta perkhidmatan awam.
Menurutnya, tindakan tatatertib berdasarkan Perturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 boleh dikenakan terhadap pegawai tersebut.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibuang kerja
#Jabatan Imigresen Malaysia
#JIM
#Ketua Pengarah Imigresen
#Mustafar Ali
#Pegawai Imigresen
#tindakan disiplin
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan