awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/01/2025
05:00 MYT
Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat cubaan daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) melepaskan kontena-kontena dipercayai mengandungi e-waste di Pelabuhan Klang.

Ringkasan AI
  • EAIC mengesahkan cubaan pegawai JAS melepaskan kontena e-waste di Pelabuhan Klang tanpa punca kuasa yang jelas dan justifikasi wajar.
  • EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).
  • EAIC mengesyorkan laporan siasatan dan pengesyoran dipanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan lanjut.

Menerusi satu kenyataan, EAIC memaklumkan pegawai JAS yang disiasat didapati tidak mempunyai punca kuasa yang jelas dan justifikasi yang wajar dalam memutuskan perkara tersebut.
Malah, katanya turut terdapat beberapa lagi ketidakaturan hasil siasatan yang dilakukan susulan maklumat yang diterima pada Mei tahun lalu.
“Terdapat kebocoran maklumat dalaman berkaitan pertukaran Pengarah / Pegawai dan Pengarah / Pegawai baharu akan melepaskan kontena-kontena tersebut dan pihak atasan JAS gagal mengambil tindakan berhubung isu kebocoran maklumat ini.
“Selain itu, terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan oleh JAS berkaitan dengan kontena-kontena tersebut yang juga berpunca daripada kelemahan penyeliaan.
“Kelewatan yang amat sangat mengenai pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran alam sekitar tidak dapat dibendung dan dilindungi dengan segera,” memetik kenyataan itu.
Dalam maklumat yang diterima EAIC, pegawai JAS telah memberi kebenaran untuk melepaskan kontena-kontena dipercayai mengandungi e-waste yang pada ketika itu berada di Westports, Pelabuhan Klang.
Sehubungan itu, EAIC mengemukakan beberapa syor termasuk tindakan tatatertib diambil serta mengenakan hukuman yang sewajarnya terhadap pegawai-pegawai JAS yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Kumpulan Pengurusan Tertinggi melalui Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Selain itu, EAIC turut mengesyorkan supaya JAS mengemukakan cadangan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) dan Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP) kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk tindakan selanjutnya.
Suruhanjaya itu turut mengesorkan supaya dapatan siasatan dan pengesyoran bersama-sama dengan laporan EAIC dipanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#EAIC
#kontena e-waste
#Pelabuhan Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan