awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok

Lynch Cowan
Lynch Cowan
04/01/2021
11:33 MYT
Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok
Julaihi berkata, ia bertujuan memantau aspek keselamatan di setiap pangkalan feri. - Foto Astro AWANI
KUCHING:Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menempatkan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap pangkalan feri di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, ia bertujuan memantau aspek keselamatan di setiap pangkalan feri.
Untuk rekod, sebanyak 12 buah pangkalan feri sedia ada di Sarawak.
"Selain itu, kita juga akan mewajibkan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri untuk turun dari kenderaan dan hanya pemandu yang dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan dengan menurunkan tingkap sebelum menaiki feri.
"Malah, kita akan mewajibkan setiap penumpang untuk menggunakan jaket keselamatan dan berada di satu kawasan tempat duduk yang bakal disediakan di atas feri itu,” katanya selepas Mesyuarat Khas Keselamatan Feri di Wisma Baitulmakmur, Petra Jaya pada Isnin.
Sementara itu, tambah Julaihi, urusan pembelian tiket tidak lagi dilakukan di atas feri sebaliknya akan dibuat sebelum kenderaan mahupun pemandu menaiki feri berkenaan.
Tegasnya, setiap pemandu juga wajib untuk memberikan maklumat tepat mengenai kondisi kenderaan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Tragedi Feri Triso
#Pegawai JKR
#Julaihi Narawi
#SOP pangkalan feri
#Sarawak
#pembelian tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan