awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JKR terlibat kemalangan bas terbalik di Rembau selamat - Nanta

Bernama
Bernama
12/03/2025
10:00 MYT
Pegawai JKR terlibat kemalangan bas terbalik di Rembau selamat - Nanta
Kejadian bas ekspres terbalik dalam kemalangan di Kilometer 245.5 Lebuhraya PLUS arah utara di Rembau awal pagi tadi. -JBPM
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dalam kejadian bas terbalik di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Rembau awal pagi tadi, dalam keadaan baik.

Ringkasan AI
  • Beberapa pegawai JKR yang terlibat dalam kemalangan bas di Kilometer 245.5 Lebuhraya PLUS arah utara di Rembau berada dalam keadaan baik.
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dipermudahkan urusan.
  • Enam penumpang cedera, manakala 34 yang lain terselamat dalam kemalangan tersebut.

Nanta menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata semua kakitangan JKR itu merupakan penumpang bas berkenaan.
"Saya amat berdukacita dengan insiden kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres hari ini.
"Saya dimaklumkan, bas ekspres yang membawa kakitangan awam berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur itu telah memulakan perjalanan dari Melaka pada 5 pagi sebelum kemalangan berlaku.
"Saya dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dalam kemalangan itu dipermudahkan urusan," katanya.
Media hari ini melaporkan enam penumpang cedera, manakala 34 yang lain terselamat selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 245.5 Lebuhraya PLUS arah utara di Rembau awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Pegawai JKR
#Rembau
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan