awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Pengurusan Bencana Selangor akan dilatih di luar negara - Exco

Bernama
Bernama
20/04/2025
11:30 MYT
Pegawai Pengurusan Bencana Selangor akan dilatih di luar negara - Exco
Mohd Najwan berkata langkah tersebut dirasakan perlu sebagai persediaan menghadapi bencana luar jangka seperti insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, atau bencana alam lain seperti gempa bumi. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merancang untuk menghantar pegawai Unit Pengurusan Bencana Negeri ke luar negara selewat-lewatnya Jun ini bagi memperkukuh kemahiran dalam pengurusan pasca bencana, kata Exco Belia dan Sukan negeri Mohd Najwan Halimi.
Mohd Najwan yang juga Exco Pengurusan Bencana berkata langkah tersebut dirasakan perlu sebagai persediaan menghadapi bencana luar jangka seperti insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, atau bencana alam lain seperti gempa bumi.
"Tiada siapa yang mahu berdepan dengan bencana, namun Kerajaan Selangor mahu semua pegawai unit pengurusan bencana diperlengkapkan dengan kemahiran terkini berdasarkan pengalaman negara maju seperti Jepun.
"Walaupun sebelum ini Malaysia dianggap kurang berisiko dilanda bencana seperti gempa bumi, perubahan pergerakan plat tektonik yang kini turut menggoncang negara jiran seperti Filipina dan Thailand kebelakangan ini wajar diberi perhatian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Seksyen 7, di sini hari ini.
Mohd Najwan berkata pihaknya optimis bahawa inisiatif sedia ada, termasuk mencontohi kaedah pengurusan bencana negara seperti Jepun, dapat memberi input penting kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri.
"Saya percaya usaha ini akan mendedahkan kita (unit pengurusan bencana) kepada kemahiran baharu, sekali gus membentuk gerak kerja lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan semasa," katanya.
Terdahulu, Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menerima kehadiran lebih 5,000 tetamu pada majlis rumah terbuka berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengurusan Bencana Selangor
#luar negara
#Mohd Najwan Halimi
#Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan