Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pegawai polis daripada tiga tuduhan menggoda seorang wanita sudah bersuami supaya melakukan hubungan seks dengannya pada 2014.
Panel tiga hakim itu yang terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan rayuan ASP Badrol Hisham Othman agar dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan itu.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap perayu setelah pengadu, suami wanita berkenaan, menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap terhadap Badrol Hisham demi menjaga kepentingan dan nama baik keluarganya.
Pada 2 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepaskan Badrol Hisham tetapi tidak membebaskannya daripada tuduhan berkenaan apabila suami wanita itu memberitahu mahkamah bahawa dia menarik balik laporan polis terhadapnya (Badrol Hisham) demi kepentingan keluarga.
Dilepaskan tanpa dibebaskan bermaksud tertuduh tidak dilepaskan sepenuhnya dan boleh dikenakan semula pertuduhan.
Pada 14 Jan tahun ini, Badrol Hisham gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengubah perintah Mahkamah Sesyen itu.
Badrol Hisham, 45, dituduh menggoda wanita berusia 44 tahun itu, yang merupakan isteri kepada guru berusia 49 tahun, dengan niat untuk mengadakan hubungan seks dengannya di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Okt 2014.
Peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakilinya berkata oleh kerana pihak pendakwa tidak berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya, maka beliau memohon kepada mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan Badrol Hisham.
Badrol Hisham kini bertugas dengan Pasukan Gerakan Am di Lahat Datu, Sabah.
Bernama
Fri Jun 24 2016
Panel tiga hakim itu membenarkan rayuan ASP Badrol Hisham Othman agar dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan itu.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Warga Israel tuntut kerajaan terima gencatan senjata
Penunjuk perasaan Israel, termasuk beberapa keluarga tebusan, turun ke jalan di Tel Aviv pada petang Isnin, menyeru kerajaan untuk menerima perjanjian untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh hamas sejak 7 Oktober tahu lalu.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Palestin minta AS campur tangan halang Israel takluk Rafah
Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Israel arah penduduk Gaza berpindah
Israel melakukan serangan udara di Rafah pada Isnin dan memberitahu rakyat Palestin supaya mengosongkan bahagian bandar di mana lebih daripada sejuta orang dipindahkan akibat perang yang berlangsung selama tujuh bulan.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap, tunggu bahagian perundangan
Kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut.
Kekejaman zionis: Dunia perlu kuatkuasa undang-undang antarabangsa terhadap Israel
Negara-negara kuasa besar perlu menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang antarabangsa sekiranya Israel tidak bersetuju dengan cadangan genjatan senjata terbaharu yang telah dipersetujui Pejuang Hamas, pada Isnin.
Hamas umum terima perjanjian gencatan senjata
Al-Jazeera melaporkan Hamas setuju terima pelan gencatan senjatan tiga fasa yang dikemukakan pasukan pengantara, Mesir dan Qatar.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Delegasi Qatar menuju ke Kaherah untuk meneruskan rundingan gencatan senjata tidak langsung antara Israel dan Hamas.
Media main peranan sumber maklumat kerajaan kepada isu rakyat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pengamal media mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan laporan.
Faisal alami kelecuran tahap empat, enam bulan pemulihan
Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad.
Pegawai polis dilepaskan, dibebaskan daripada tuduhan goda isteri orang
Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pegawai polis daripada tiga tuduhan menggoda seorang wanita sudah bersuami.