awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis wanita hina lans koperal 'buat hal lagi'?

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2023
07:59 MYT
Pegawai polis wanita hina lans koperal 'buat hal lagi'?
Menerusi video tersebut, dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan. -Sinar Harian/video tular
SHAH ALAM: Seorang pegawai polis wanita yang dipercayai menghina anggota polis pangkat bawahan pada Khamis lalu tular sekali lagi apabila didakwa mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah.
Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial didakwa membabitkan wanita yang sama, kali ini dia didakwa memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan.
Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.
“Parking besar-besar macam ni, dia buka pintu kereta dan menjerit... hoi! Kemudian dia kata saya gila. Ini orangnya.
"Cantik you (awak) ini. I (saya) suka you. Ini adalah pakaiannya, sangat cantik, anak-anak muda patut tiru gaya dia. Seksi," jeritnya lagi.
Orang awam tersebut juga kedengaran cuba untuk melawan namun pegawai kanan itu terus menjerit ke arahnya.
"Apahal kau ini? Did you just literally harassed me right now? Go away," katanya sambil meminta pegawai berkenaan untuk beredar dari kawasan parkir tersebut.
Tindakannya yang menimbulkan kekecohan telah menyebabkan rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dan mahu tindakan tegas diambil terhadap wanita itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pegawai polis wanita
#hina lans koperal
#parkir sebuah pusat beli-belah
#cetus kekecohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan