IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu membuat laporan polis susulan ujian air kencing kedua yang dijalankan di sebuah klinik di Pulau Pinang negatif dadah.
Menurut peguamnya, Ramkarpal Singh, ujian susulan saringan air kencing itu dilakukan pada 15 Januari lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan ujian saringan kali pertama pada 13 Januari oleh pihak polis yang mendapati terdapat kesan penggunaan empat jenis dadah.
Beliau berkata, tindakan itu juga dilakukan selepas permintaan untuk menjalani ujian kali kedua tidak dibenarkan oleh polis.
"Sampel air kencing yang diambil di klinik tersebut telahpun dianalisa di makmal Pathlab dan keputusanya tiada sebarang jenis dadah dikesan di dalam air kencingnya yang dianalisa oleh Pathlab tersebut. Keputusan ini telahpun diperolehi oleh Terence pada Rabu.
"Justeru, Terence telahpun membuat satu laporan polis susulan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah untuk melaporkan keputusan negatif ujian tersebut dan memohon agar siasatan lanjutan dibuat dalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.
Ramkarpal berkata, susulan perkembangan terbaharu itu, pihaknya melihat bahawa siasatan lanjut perlu diambil oleh pihak polis dengan kadar segera demi kepentingan keadilan wakil rakyat tersebut.
Menurutnya, Terence juga bersedia untuk memberi segala kerjasama bagi tujuan tersebut dan berharap siasatan lanjut tersebut dapat dilakukan dengan secepat mungkin.
Pada 14 Januari lalu, media melaporkan seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.
Kesemua mereka ditahan di sebuah restoran yang dahulunya merupakan kelab malam di Perai di sini.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Jan 19 2022
Terence juga bersedia untuk memberi segala kerjasama bagi tujuan tersebut dan berharap siasatan lanjut tersebut dapat dilakukan dengan secepat mungkin. - Foto fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Tiga kilogram dadah bernilai RM200,000 dirampas, enam dalang sindiket ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak dua bulan lalu di Lembah Klang dalam serbuan berasingan di ibu negara pada 18 Ogos lalu.
Pemandu Myvi biru disahkan positif dadah
Pemandu Myvi yang ditahan berhubung insiden yang tular di laman sosial sejak semalam disahkan positif dadah.