awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam mati di pejabat akibat serangan jantung

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
15/06/2018
12:14 MYT
Peguam mati di pejabat akibat serangan jantung
Pihak polis telah mendapat panggilan berhubung penemuan mayat Tsai Yuen Pang, 62, di pejabat berkenaan pada jam 7.23 pagi.
Mayat seorang peguam ditemui di sebuah pejabat perkhidmatan guaman, di Jalan Dewan, dekat sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra, pihak polis telah mendapat panggilan berhubung penemuan mayat Tsai Yuen Pang, 62, di pejabat berkenaan pada jam 7.23 pagi.
Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian pada jam 7.45 pagi pihak polis telah berjumpa dengan anak lelaki mangsa dan menunjukkan lokasi mangsa ditemui.
"Pihak ambulan telah tiba di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 7.30 pagi dan telah mengesahkan kematian mangsa.
"Siasatan di tempat kejadian tidak mendapati sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Tambah Chandra, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Queen Elizabeth bagi tujuan bedah siasat bagi siasatan mati mengejut.
"Berdasarkan bedah siasat punca kematian mangsa adalah disebabkan serangan jantung," katanya.
Topic Berkaitan
#guaman
#Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu
#M Chandra
#mati
#peguam
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan