Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, pada Ahad.
Abdul Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.
Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney; Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.
Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah Datuk Mohammad Kazim Elias; pelakon antarabangsa Hong Kong Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan; Pengerusi MIC cawangan Taman Kok Lian Datuk P. Gunaseelan; Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Datuk Sr Ahmad Fauzi Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr. A. Sundaran; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Dayang Sadiah Abg Borhan serta Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi Asean Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk P. Ravidran.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Chen Chaw Min; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr. Lee Choon Hui; Setiausaha Bahagian (Bahagian Khidmat Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Abu Bakar Idris; Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Ariffin Imat; Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Datuk Mohamed Jusoh; Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Aziz Khalidin; Pakar Fotonik Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Harith Ahmad; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Dasar) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Azizi Ahmad Termizi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Rohayah Karim; Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Tan Keng Chok; Pensyarah Institut Pengajian China Universiti Tunku Abdul Rahman Prof. Datuk Dr. Lim Chooi Kwa.
Turut menerima PMW Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia Datuk SAC Mohd Khalil Kader Mohd; Aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri Datuk ACP Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin; Pengarah Bahagian Penjenamaan Negara Jabatan Perdana Menteri Datuk Farisha Pawan Teh; Peguambela dan Peguamcara Syarikat Ng & Anuar Datuk Tan Hiang Joo; Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Datuk Chin Kwai Yoong; Ketua Pengawai Eksekutif TV Al-Hijrah Che Wan Alias Che Wan Abdullah; Anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Quay Chin Teik; Anggota MCA Wilayah Persekutuan Datuk Oong Boon See; Setiausaha Agung Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) Datuk T. Loganathan; Anggota Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk V. Pulainthiran dan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah Bahagian Labuan Datuk Peter Mak Chun Vun.
Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Saharudin Zainal Abidin; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang Datuk Sulaiman Abdul Razak; Datuk Dr. Khairul Azmi Mohamad dari Jabatan Penyelidikan dan Latihan, Barisan Nasional; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Abu Bakar Ahmad; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Affendi Zahari; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Ainon Mohd dan Pegawai TugasTugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Shokri Shafee juga menerima PMW.
Penerima lain PMW ialah Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dari Ibu pejabat UMNO Malaysia; Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Corporation Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad; Pengurus Besar (Jualan) Suez Domain Sdn. Bhd Datuk Ter Leong Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Merry Noel Robert.
Turut menerima PMW adalah Timbalan Pengarah Urusan MKH Bhd Datuk Chen Fook Wah; Datuk Hazmat Aqbal Mohd Ayub Khan dari DB Integra Sdn. Bhd; Pengarah Urusan K & N Kenanga Holdings Berhad Datuk Chay Wai Leong; Datuk A. Paramasalam dari Persatuan Masyarakat India Harmoni Wawasan Malaysia; Pengasas V.M. Ravi & Associates Datuk M. Ravindran; Pengarah Selekta Spektra Sdn. Bhd Datuk Ng Kwok Siong; Ketua Pengarah Kumpulan Perdana ParkCity Sdn. Bhd. Datuk Joseph Lau dan Datuk V. Panneerselvam dari Malaysian Airlines System (MAS).
Pengarah Meridian Solutions Sdn.Bhd Datuk Ooi Teik Huat; Pengarah MR Contractor Sdn. Bhd. Datuk Alli Hassan @ Elly Yacob; bekas presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur Datuk Joy Wilson G.P. Appukuttan dan Pengarah urusan UDA Holdings Berhad Datuk Ahmad Abu Bakar.
Pengasas Bersama Lee Hishammuddin Allen & Gledhill Datuk Aznam Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Medical Centre Datuk Dr. Tan Kim Heung; Ketua Pegawai Eksekutif MAA Group Berhad Datuk Muhamad Umar Swift; Datuk Lim Mooi Choo dari Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia; Pengarah Kumpulan, Kewangan, Kawalan Kredit dan Undang-Undang Kumpulan Bina Puri Holdings Bhd Datuk Tan Kwe Hee serta dari Lee Foundation States Of Malaya Datuk Lee Seng Chuan @ Leei Siong Chuan.
Turut menerima anugerah PMW, Pengurus Kanan (Pembelian) Syarikat Tan Chong & Sons Motor Co Datuk Yap Kok Wah; Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Yasmin Datuk Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat; Pengarah Urusan Syarikat Remajaya Sdn. Bhd Datuk Chua Soon Ping dan Datuk Nik Azman Husain (Avocado Cosmetics Enterprise) serta Datuk Judy Ng Yoke Meng dari ECH Development & Management Sdn. Bhd.
Sementara itu seramai 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); manakala 69 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).
Seramai 60 orang lagi dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) termasuk tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak Abdul Aziz Harun; Ketua Biro Utusan Melayu (M) Berhad Putrajaya Norliza Abdul Rahman, dan Ketua Biro The Star Publication Putrajaya Zuhrin Azam Ahmad; manakala 96 lagi individu menerima pingat pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, esok.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.
Bernama
Sat Jan 31 2015
Abdul Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. - Gambar Fail
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.