awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Negara kemuka rayuan persempadanan semula kawasan pilihanraya Sarawak - SPR

Bernama
Bernama
27/05/2015
09:34 MYT
Peguam Negara kemuka rayuan persempadanan semula kawasan pilihanraya Sarawak - SPR
SPR: Peguam Negara kemuka rayuan persempadanan semula kawasan pilihanraya Sarawak - Gambar fail
Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini berhubung arahan semakan semula persempadanan bahagian pilihan raya negeri Sarawak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Saya difahamkan Pejabat Peguam Negara sudah membuat rayuan pagi tadi tapi SPR belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya," katanya kepada Bernama di sini.
Proses kajian semula persempadanan mengambil masa kira-kira enam bulan sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak untuk pertambahan bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82.
Pada 15 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Yew Jen Kie mengarahkan SPR agar mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana hakim mendapati terdapat kekurangan maklumat penting dalam notis bertarikh 5 Jan bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan.
Berikutan keputusan mahkamah itu, SPR diarah mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya itu.
Topic Berkaitan
#DUN
#Peguam Negara
#Sarawak
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan