awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Negara sahkan Raja Rozela tidak lagi ketuai pendakwaan kes Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
08/08/2023
10:09 MYT
Peguam Negara sahkan Raja Rozela tidak lagi ketuai pendakwaan kes Zahid Hamidi
Keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes Timbalan Perdana Menteri itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak lagi mengetuai pasukan pendakwaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana akan bersara awal mulai 30 Ogos ini.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti.
"Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April 2023. Pemohonan itu telah diluluskan dan akan berkuat kuasa pada 1 Nov 2023. Selanjutnya, Raja Rozela memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Idrus, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu dalam kes Ahmad Zahid berdasarkan pengalaman luas beliau hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau berkata Mohd Dusuki ketika ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi, termasuk kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Idrus berkata memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga Disember 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes.
"Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Kenyataan Peguam Negara itu susulan daripada laporan media berkenaan Raja Rozela, ketua pasukan pendakwaan yang digantikan dengan Mohd Dusuki semasa perbicaraan kes itu pada 1 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi di sini.
Ahmad Zahid, 70, diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Beliau selesai memberi keterangan pada 30 Ogos tahun lepas setelah 17 hari membela diri secara bersumpah dari tempat saksi dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes mahkamah
#ketua pasukan pendakwaan digugur
#Raja Rozela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan