KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar adalah terbatal kerana Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun telah mengeluarkan surat undur tarikh berhubung pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes itu.
Peguam Datuk Jagjit Singh berkata surat yang dikemukakan pendakwaan kepada mahkamah telah ditandatangani oleh AG ketika ini iaitu pada 21 Mei 2021 bagi melantik Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan berkuat kuasa mulai 30 Ogos 2018.
"Menerusi surat itu, Idrus menyatakan bahawa Sri Ram boleh melaksanakan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diperuntuk kepada beliau (Idrus) di bawah Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) atau mana-mana undang-undang bertulis seperti yang diperuntuk di bawah Seksyen 376 (3) KPJ dan khususnya bagi mengendalikan pendakwaan dalam kes solar Rosmah termasuk sebarang permohonan dan rayuan jenayah lain yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata Idrus adalah Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2018 dan beliau dilantik sebagai AG pada 6 Mac 2020.
"Idrus tidak boleh mengeluarkan surat undur tarikh semasa beliau belum lagi tidak menjadi AG. Oleh itu, berdasarkan surat yang dikeluarkan pada 21 Mei, perbicaraan kes ini adalah terbatal," katanya semasa berhujah pada pendengaran permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah membabitkan RM1.25 bilion berkaitan projek hibrid solar dan menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes itu.
BACA: Gopal Sri Ram dedah surat pelantikan sebagai Timbalan Pendakwa Raya kes Rosmah
Jagjit juga berhujah bahawa surat yang dikeluarkan AG itu bersifat sesuatu yang difikirkan kemudian dan oleh yang demikian, pelantikan Sri Ram adalah tidak sah, luar aturan serta cacat.
Rosmah, 69, telah memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuan beliau bagi mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju untuk menyerahkannya kepada pembelaan.
Beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya berhubung surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.
Surat pelantikan tersebut tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018 iaitu ketika Rosmah didakwa dan tidak ditandatangani oleh AG ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.
Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Idrus.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Peguam Datuk Jagjit Singh berkata surat yang dikemukakan pendakwaan kepada mahkamah telah ditandatangani oleh AG ketika ini iaitu pada 21 Mei 2021 bagi melantik Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan berkuat kuasa 30 Ogos 2018. - Gambar fail
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Peguam Rosmah pertikai surat AG berhubung pelantikan Sri Ram sebagai TPR
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar adalah terbatal.