Sebuah firma guaman yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan terhadap anak guamnya dalam sebuah artikel tulisan John Berthelsen yang disiarkan semalam bertajuk ' Malaysian PM's Wife Seeks Central Bank Governors's Ouster'.
Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan akhbar berkata dakwaan itu dilihat boleh membawa keburukan dan kerosakan terhadap reputasi isteri perdana menteri itu.
"Sindiran dan dakwaan itu dibuat dengan niat untuk mencemar nama baik Rosmah atas kedudukan peribadi beliau dan sebagai isteri Perdana Menteri.
"Perkataan yang digunakan John dalam artikel tersebut adalah boleh membawa mudarat, manakala fakta tidak benar yang digunakannya merupakan sindiran tajam yang membawa konotasi dan boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap Rosmah kerana ia disiarkan dalam domain awam," kata kenyataan itu.
Katanya lagi, perkara itu tergambar melalui perkataan, antaranya "... of Rosmah to drive out and have gone after the Governor of the Central Bank, indeed trying to get Zeti sacked, revenge, demanded, resign, dodgy transfers, Rosmah behind the dramatic move to shuffle disloyal cabinet out of government are malicious lies and fabrication of facts to defame and cause injury to the reputation of Rosmah.
(Perbuatan Rosmah mengejar dan mengeluarkan Gabenor Bank Pusat, sebenarnya adalah cubaan untuk memastikan Zeti dipecat, dendam, menuntut, meletak jawatan, pemindahan secara berbahaya, Rosmah di belakang langkah memecat anggota kabinet yang tidak setia daripada kerajaan)...adalah pembohongan yang berniat jahat dan mereka-rekakan fakta bagi memfitnah dan menyebabkan kerosakan terhadap reputasi Rosmah).
"Rosmah tidak pernah menuntut agar Zeti mencari siapakah yang membocorkan transaksi dalam tempoh 72 jam atau beliau perlu meletak jawatan, seperti yang ditulis John.
Dalam siaran akhbar pada 10 Julai yang dikeluarkan firma ini bagi pihak Rosmah, perkataan yang digunakan ialah 'adalah diharapkan' agar Bank Negara Malaysia (BNM) segera dan/atau dalam tempoh 72 jam, menjalankan siasatan serta mengumumkan dapatannya mengenai perbuatan membuat pendedahan yang bersifat ofensif tanpa kebenaran, bagi pihak bank berkenaan.
Tidak terdapat tanda-tanda gabenor itu diburu bagi membalas dendam mengenai kebocoran yang berlaku dan/atau menuntut peletakan jawatan.
"Kenyataan itu sebenar-benarnya adalah tidak betul, berniat jahat dan nakal," kata firma guaman itu.
Kenyataan itu seterusnya berkata permintan yang dibuat oleh Rosmah lahir daripada keprihatinan beliau tentang ketidakwajaran dan perbuatan yang secara terang-terangan mendedahkan secara tidak sah akaun peribadi beliau kepada umum.
Pada pandangan beliau (Rosmah), sekiranya tindakan positif tidak diambil bagi menyiasat pencerobohan terhadap akaunnya, perkara serupa juga boleh berlaku terhadap akaun pengguna perbankan lain dan ini boleh menghakis kepercayaan pelabur serta pengguna institusi kewangan.
"Sehubungan itu, anak guam saya menuntut agar John membuat permohonan maaf tanpa syarat dan secara sukarela kepada Rosmah mengenai semua dakwaan itu dalam masa 48 jam akan datang.
Dalam pemberitaan dan pelaporan secara bertanggungjawab, kesopanan perlu diamalkan, dihayati dan diambil kira agar tidak mengutuk dan menghina hak orang lain," katanya.
"Sejajar dengan amalan kewartawanan yang bertanggungjawab, langkah perlulah diambil untuk mengesahkan sesuatu maklumat sebelum ia disiarkan dan percaya bahawa ia adalah sesuatu yang betul melalui penyiasatan secara bertanggungjawab.
Mengikut pengetahuan saya, tiada siasatan dibuat terhadap anak guam saya," kata kenyataan firma itu.
"Jika John mendapati terdapat justifikasi dan asas daripada semua sumber yang berpengetahuan dan mempunyai maklumat sahih yang diperoleh Asia Sentinel daripada ahli akademik dan penganalisis politik (seperti yang disebut beliau dalam artikelnya) adalah benar, maka dia perlu menyerahkan semua maklumat itu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk dibuat siasatan dalam tempoh 48 jam akan datang.
"Anak guam saya menyokong sebarang penyiasatan yang dijalankan secara sah oleh pihak berkuasa berkenaan tentang perkara ini. Bagaimanapun, janganlah hendaknya berlaku pendakwaan secara berpilih," katanya.
Bernama
Sat Aug 01 2015
Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan akhbar berkata dakwaan itu dilihat boleh membawa keburukan dan kerosakan terhadap reputasi isteri perdana menteri itu. - Gambar Fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
Peguam wakili Rosmah sangkal dakwaan John Berthelsen
Sebuah firma guaman yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan terhadap anak guamnya dalam sebuah artikel tulisan John Berthelsen yang disiarkan pada Khamis.