PUTRAJAYA: Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia, demikian menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.
BHEUU dalam kenyataan turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Bursa Malaysia Bhd yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Media Prima Bhd Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen sebagai Timbalan Pengerusi.
Pelantikan itu susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Tuan Rumah (HCA) pada 20 Feb lepas antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia-Afrika (AALCO).
Menurut BHEUU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dengan konsultasi bersama Setiausaha Agung AALCO Dr Kamalinne Pinitpuvadol, Setiausaha Agung AALCO telah bersetuju dengan pelantikan itu.
BHEUU memaklumkan Lembaga Pengarah AIAC akan turut dianggotai ahli lain dari dalam dan luar negara yang berpengalaman luas merentasi pelbagai bidang serta sektor awam dan swasta
Ahli yang dilantik ialah Ketua Pengarah BHEUU Zamri Misman, Datuk Philip Chan Hon Keong (Bekas Pengamal Undang-Undang/Pengarah Urusan), Stephen Fietta KC (Pengamal Undang-Undang Awam Antarabangsa) dan Andrea Carlevaris (bekas Setiausaha Agung Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa ICC).
"Lembaga Pengarah AIAC akan memainkan peranan semak dan imbang secara menyeluruh dalam struktur tadbir urus, pentadbiran dan pengurusan AIAC selain daripada menyumbang pandangan, cadangan serta nasihat strategik bagi mengukuhkan daya saing AIAC yang akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharu yang bakal dilantik
"Lembaga Pengarah AIAC juga akan bertanggungjawab dalam merangka dasar-dasar dan strategi penting bagi meningkatkan aktiviti dan standard perkhidmatan AIAC," menurut kenyataan itu.
Menurut BHEUU, perjanjian tambahan yang ditandatangani adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri berkaitan hala tuju dan penambahbaikan struktur pentadbiran serta pengoperasian AIAC melalui tadbir urus pengurusan yang lebih telus, efisien dan teratur.
"Ia berlandaskan konsep pengasingan bidang kuasa bagi mengukuhkan kedudukan AIAC setanding dengan institusi-institusi timbang tara antarabangsa yang terunggul di persada dunia.
"Inisiatif hala tuju dan penambahbaikan struktur pentadbiran AIAC yang dipersetujui Jemaah Menteri menekankan aspek tatakelola baik serta mekanisme semak dan imbang selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang komited untuk mengangkat kedudukan Malaysia dalam bidang penyelesaian pertikaian alternatif di persada antarabangsa," katanya.
Menurut kenyataan itu, pasukan khas antara BHEUU bersama AIAC turut ditubuh bagi maksud penambahbaikan kepada Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] serta Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [Akta 746].
"Konsultasi bersama pihak-pihak berkepentingan kini dilaksanakan secara berperingkat bagi mendapat maklum balas dan cadangan daripada agensi, badan pengamal serta institusi berkenaan," katanya.
Selain itu, BHEUU memaklumkan Jawatankuasa Protem bagi Mahkamah Timbang Tara AIAC yang dianggotai pengamal bidang penyelesaian pertikaian alternatif terkemuka dari dalam dan luar negara akan ditubuh dalam masa terdekat ke arah merealisasikan agenda penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC yang sedang dilaksanakan secara berfasa.
"Melalui inisiatif yang sedang giat dilaksanakan secara holistik dan komprehensif ini, Kerajaan MADANI berharap AIAC sebagai sebuah institusi antarabangsa dan bebas di bawah naungan AALCO akan terus cemerlang sebagai hab ADR utama pada peringkat domestik dan antarabangsa sekali gus terus mempromosikan Malaysia sebagai tempat penyelesaian timbang tara pilihan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Pelantikan itu susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan kepada HCA pada 20 Feb lepas antara Kerajaan Malaysia dan AALCO. - Gambar fail/Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AIAC Malaysia
Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Inisiatif penstrukturan semula AIAC dilaksana secara berfasa - Azalina
Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat.
Rayuan Thomas batal saman Sundra Rajoo didengar 13 Jun
Rayuan Tommy Thomas dan 12 lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Sundra Rajoo berhubung penahanan serta pendakwaan salah terhadapnya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Jun.
Perbicaraan penuh bagi saman Sundra Rajoo terhadap Tommy Thomas dan 12 lagi
Saman yang dikemukakan Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo terhadap Tan Sri Tommy Thomas dan 12 lagi akan didengar pada perbicaraan penuh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tommy Thomas, 12 lain mohon batal saman Sundra Rajoo berhubung pendakwaan salah
Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull sebagai defenden.
Malaysia bersedia jadi hab selesaikan pertikaian peringkat global - Wan Junaidi
Malaysia bersedia menjadi hab bagi menyelesaikan pertikaian di peringkat global dengan pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021.
Sundra Rajoo saman Tommy Thomas, 12 yang lain berhubung pendakwaan salah
Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo hari ini memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).
Tertuduh harus diberi peluang semak semula kuasa budi bicara AG untuk mendakwa - Mahkamah Persekutuan
Seorang tertuduh harus diberi peluang untuk menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara.
Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC
AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia.