IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta penyanyi dan pelakon, Datuk Awie menziarahi jenazah Mamat Khalid yang meninggal dunia pada Ahad.
Mereka tiba di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1 pada jam 10 pagi dan meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga.
Suasana hiba menyelubungi kediaman dengan kehadiran anggota keluarga, kenalan dan pelakon-pelakon telemovie Kampung Pisang.
Sementara itu, Datuk Awie ketika ditemui tidak dapat menahan sebak dan menganggap Allahyarham sebagai satu-satunya bintang menyerlah dalam industri perfileman.
"Beberapa minggu lalu arwah ada mesej berbunyi 'Love you bro, cepat-cepat sembuh'.
"Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kasar. Kemudian dia turut bertanya khabar.
"Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal.
"Arwah disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang naik kepada semua krew," katanya.
Menurutnya, Allahyarham disifatkan sebagai seorang periang dan 'cool' walaupun raut wajahnya seolah-olah garang.
"Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi.
"Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.
"Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin.
"Sehingga ke akhir hayat arwah masih memanggil saya dengan nama watak itu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 24 2021

Awie ketika ditemui tidak dapat menahan sebak dan menganggap Allahyarham sebagai satu-satunya bintang menyerlah dalam industri perfileman. -Twitter Hasimi Muhamad

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Ibu tunggal dituduh tipu tiket konsert Awie
Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan menipu rakan penyanyi rock Awie untuk membeli tiket konsert yang tidak wujud.

PRU15: Awie bantu kempen calon Bebas Cap Pokok di Parlimen Balik Pulau
Awie berkata, beliau turun menyantuni penduduk sekitar Balik Pulau atas dasar persahabatan antaranya dengan calon Bebas berkenaan.

Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan, 'Jangan terlalu ekstrem halal-haramkan sesuatu'
Jelas Awie, tiada masalah sekiranya sedikit hiburan diberikan kepada rakyat negeri itu.

Konsert Naga Kramat bukti Wings kumpulan rock terunggul
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.

Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas.

Awie Ride: Konvoi perangi scammer bakal jadi acara tahunan
Datuk Awie berkata beliau dan pasukannya yakin lebih banyak kesedaran dapat ditingkatkan sekiranya usaha itu berhasil dilaksanakan.

Awie nasihat 'scammer' cari kerja lain, henti tipu orang ramai
Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan.

Awie konvoi seluruh Semenanjung bangkit kesedaran bahaya 'scammer'
Jelajah yang mendapat sokongan daripada PDRM itu bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya di luar bandar mengenai risiko ditipu scammer.

Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).