awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat LHDN di Kompleks bangunan kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup mulai esok

Bernama
Bernama
03/01/2021
15:14 MYT
Pejabat LHDN di Kompleks bangunan kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup mulai esok
Tiga pejabat ditutup untuk esok sahaja iaitu Cawangan Siasatan Duta - Blok 8; Cawangan Duta (Penggajian) - Blok 8A dan Cawangan Guaman Kuala Lumpur - Blok 10. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Beberapa pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim di sini akan ditutup sementara mulai esok bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan tiga pejabat ditutup untuk esok sahaja iaitu Cawangan Siasatan Duta - Blok 8; Cawangan Duta (Penggajian) - Blok 8A dan Cawangan Guaman Kuala Lumpur - Blok 10.
Bagaimanapun Cawangan Tidak Bermastautin - Blok 8; Cawangan Industri Khas - Blok 8; Pusat Bayaran Kuala Lumpur - Blok 8 A (kecuali kaunter bayaran di Aras Tanah beroperasi seperti biasa), manakala Cawangan Duta (Perniagaan) - Blok 10 akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sehubungan itu pelanggan dinasihatkan melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#COVID-19
#tutup
#sanitasi
#embaga Hasil Dalam Negeri
#Kompleks Bangunan Kerajaan
#Jalan Tuanku Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan