awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Tun M 'belanja' air kelapa kepada petugas media di Istana Negara

Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
10/06/2021
08:26 MYT
Pejabat Tun M 'belanja' air kelapa kepada petugas media di Istana Negara
Pek air kelapa yang diedarkan oleh pejabat Tun Dr Mahathir kepada petugas media di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suasana hangat pengamal media di pekarangan pintu 2 Istana Negara hari ini ‘disejukkan’ dengan sumbangan air kelapa oleh pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain air ‘nyior, pejabat Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut menyediakan lebih 100 pek bihun goreng kepada petugas media.
Sejak semalam, agensi media tempatan dan antarabangsa ‘berkampung’ di pekarangan Istana Negara bagi membawakan liputan siri pertemuan wakil-wakil ketua politik bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Media sebelum ini melaporkan, siri pertemuan berprofil tinggi itu akan berlanjutan sehingga Jumaat (esok).
Setakat artikel ini ditulis, lapan wakil pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berasingan di Istana Negara.
Dalam perkembangan sama, pihak Istana Negara hari ini turut berbesar hati menyediakan pek makanan dan minuman kepada petugas media.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Muzli Mohd Zin.
Topic Berkaitan
#air kelapa
#Tun M
#Mahathir Mohamad
#Istana Negara
#Yang di-Pertuan Agong
#Agong
#YDPA
#menghadap Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan