KUALA LUMPUR: Puan Sri Sukumari Sekhar, seorang daripada pejuang hak asasi wanita terawal di Malaysia, meninggal dunia semalam, pada Hari Wanita Sedunia.
Sukumari, 87, isteri mendiang Tan Sri B. C. Sekhar, individu yang merevolusikan industri getah Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Mr Natural Rubber', menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam, di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
"Dengan rasa sedih dan dukacita, ingin saya memaklumkan kepada semua bahawa ibu yang kami kasihi, Puan Sri Sukumari Sekhar, telah meninggal dunia lewat malam tadi," demikian menurut hantaran Facebook yang dimuat naik oleh anak mendiang Datuk Dr Vinod Sekhar yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petra Group.
Sukumari meninggalkan tiga lagi anak iaitu Jayan, Sujatha dan Gopinath, empat orang menantu serta lapan orang cucu.
Menurut catatan Facebook itu, mayat Sukumari akan diuruskan di Loke Yew Crematorium selepas selesai majlis penghormatan terakhir yang berlangsung di Dewan Shamshan Bhoomi di sini, bermula 11 pagi hingga 2 petang.
Sukumari, yang juga Timbalan Presiden Pengasas Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), merupakan pejuang terhadap isu berkaitan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, termasuk anak-anak yang dilahirkan di luar nikah.
Mendiang juga pernah menerima Anugerah Tokoh Wanita sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Sukumari, yang juga Timbalan Presiden Pengasas Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), merupakan pejuang terhadap isu berkaitan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, termasuk anak-anak yang dilahirkan di luar nikah. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Pejuang hak asasi wanita Sukumari Sekhar, meninggal dunia pada Hari Wanita Sedunia
Puan Sri Sukumari Sekhar, seorang daripada pejuang hak asasi wanita terawal di Malaysia, meninggal dunia semalam, pada Hari Wanita Sedunia.