awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2019
23:23 MYT
Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas
Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara. - Gambar fail
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan mengenakan penaliti lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah alam sekitar.
Ia termasuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda dalam undang-undang sedia ada berkaitan alam sekitar, kata Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.
"Penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. Kerajaan patut mempertimbang hukuman penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM1 juta," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang dilapor menyebabkan lebih 2,000 orang dirawat di hospital, sambil 111 sekolah ditutup.
Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara.
"Meter ujian gas dan pencemaran seharusnya dipasang di semua kawasan perindustrian utama," tambahnya.
Beliau turut menyarankan setiap syarikat kimia diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan proses pemantauan.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#bahan kimia
#Hospital
#jenayah
#kawasan perindustrian
#kerajaan
#Pasir Gudang
#PEKA
#pemantauan
#penaliti
#pencegahan
#pencemaran
#penjara
#sekolah
#Shariffa Sabrina Syed Akil
#sisa toksik
#Sungai Kim Kim
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan