awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2023
15:21 MYT
Pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri berkata, air mula naik di pekan Sungai Lembing kira-kira jam 6.57 petang. - Sinar Harian
KUANTAN: Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan berlaku banjir kilat di pekan Sungai Lembing selepas bacaan paras air sungai itu melepasi paras bahaya pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri berkata, air mula naik di pekan Sungai Lembing kira-kira jam 6.57 petang.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan paras air sungai mula naik sebelum melimpah ke kawasan rendah.
"PPS (pusat pemindahan sementara) akan dibuka, namun jumlah mangsa masih belum dipastikan lagi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa yang sedang bertugas di tempat tersebut.
Jelasnya, pasukan menyelamat telah bersiap siaga untuk menjalankan tugas pemantauan dan menyelamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, air banjir di pekan Sungai lembing sepanjang 200 meter dengan kedalaman satu meter.
"Setakat ini keadaan air bertahan dan tiada perpindahan mangsa manakala laluan di pekan Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan," katanya.
- Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sungai Lembing
#air sungai paras bahaya
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan