awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun cedera di perut akibat ditikam kenalan

Bernama
Bernama
02/11/2025
13:45 MYT
Pekebun cedera di perut akibat ditikam kenalan
Ashari berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam semasa lelaki berusia 38 tahun itu berjumpa dengan suspek lelaki di hadapan rumahnya. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang pekebun cedera di perut akibat ditikam kenalannya di kawasan perumahan Kampung Sri Damai, Jalan Gambang, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam semasa lelaki berusia 38 tahun itu berjumpa dengan suspek lelaki di hadapan rumahnya.
Beliau berkata suspek berusia 25 tahun telah meminta mangsa mengikutnya dengan alasan terdapat rakan mereka mahu berjumpa.
"Mangsa enggan mengikut suspek sebelum suspek dengan tiba-tiba mengeluarkan pisau sepanjang 12.7 sentimeter dari belakang seluar dan menikam perut mangsa.
"Akibat tikaman itu mangsa mengalami koyakan di bahagian tengah perut dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata susulan itu, suspek yang tidak bekerja telah ditahan dan siasatan mempercayai punca kejadian disebabkan suspek berdendam terhadap mangsa yang dikatakan ada membuat laporan polis terhadapnya berkaitan pengambilan bahan terlarang.
Suspek kini direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#bahan terlarang
#kawasan perumahan
#pekebun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan