awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun durian Hutan Simpan Kekal Batu Talam tidak mengaku bersalah

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2021
06:51 MYT
Pekebun durian Hutan Simpan Kekal Batu Talam tidak mengaku bersalah
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya. - Astro AWANI
RAUB: Seramai lima pekebun durian Musang King yang didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.
Empat individu iaitu Ka Nir, 32 tahun (warga Indonesia); Shah Ronny Rusly, 46 tahun (warga Indonesia); Chiah Kin Seng, 54 tahun, dan Lavin Chieh Zhe Yueng, 21 tahun, didakwa memasuki hutan simpan pada 3 Julai lalu, manakala Wong Than Fook, 49 tahun, didakwa masuk ke dalam hutan simpan pada 8 Julai.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didapati berada di dalam kompartmen 175 Hutan Simpan Batu Talam di Raub dan memasuki Hutan Simpan Kekal iaitu hutan tertutup tanpa sebarang permit masuk yang sah.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Afidatul Azwa Kamarulanuar manakala tertuduh diwakili peguam Samantha Chong Yin Xin dan Chong Kar Yan.
Hakim Ahmad Faizadh menetapkan jaminan RM3,000 kepada empat individu iaitu Ka Nir, Shah Ronny Rusly, Chiah Kin Seng dan Wong Than Fook manakala Lavin Chieh Zhe Yueng dengan jaminan sebanyak RM2,000.
Mahkamah menetapkan 15 September depan bagi sebutan semula kes dan kesemua tertuduh dibebaskan selepas membayar jaminan.
Topic Berkaitan
#durian
#pekebun durian
#Musang King
#Mahkamah Sesyen
#hutan simpan
#ceroboh hutan
#Tertuduh
#Akta Perhutanan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan