Skip to main content

Malaysia

PEKEMA Golf President’s Cup bawa misi kebajikan bantu bekas atlet negara

Barisan kepimpinan PEKEMA bergambar pada majlis pelancaran PEKEMA Golf President’s Cup Edisi Ke-12 bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) serta legenda golf negara, Shaaban Hussin, di sini hari ini. Kejohanan itu menawarkan hadiah hole-in-one berupa empat kenderaan elektrik jenama Dongfeng termasuk model baharu Dongfeng 007 dan Vigo, selain wang tunai RM28,888, dan dijadual berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya
Barisan kepimpinan PEKEMA bergambar pada majlis pelancaran PEKEMA Golf President’s Cup Edisi Ke-12 bersama YAKEB serta legenda golf negara, Shaaban Hussin, hari ini. - Gambar PEKEMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Golf President’s Cup Edisi Ke-12 membawa misi kebajikan menyalurkan bantuan kepada bekas atlet negara yang pernah menyumbang kepada sukan tanah air.

Presiden PEKENA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), pihaknya teleh mengenal pasti 10 bekas atlet yang akan menerima sumbangan.

"Salah seorang daripadanya adalah bekas pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin, yang pernah mengharumkan nama malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

"Shaaban merupakan pemenang tempat kedua dalam siri Jelajah Asia di Kejohanan Terbuka Kamboja 2009; pemenang pingat emas Sukan SEA 2001 serta telah tiga kali menyertai siri Jelajah PGA AS CIMB Classic pada tahun 2010 sehingga 2012.

"Melalui inisiatif ini, PEKEMA berharap dapat memberi sedikit penghargaan kepada atlet negara yang telah berkorban demi mengangkat martabat sukan malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Jelasnya, inisiatif itu mencerminkan komitmen PEKEMA untuk menggabungkan sukan, jaringan industri dan tanggungjawab sosial dalam satu platform yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam pada itu kata Mohamed Nazari, penganjuran tahun ini akan diadakan dengan skala yang lebih besar serta tawaran hadiah yang lebih menarik.

"Kejohanan golf tahunan ini dijangka menarik penyertaan lebih ramai pemain golf dari seluruh negara, termasuk penggiat industri automotif, rakan strategik korporat serta komuniti golf tempatan, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan strategik antara pemain industri dan rakan kerjasama PEKEMA.

"Sebagai tarikan utama, edisi kali ini menawarkan hadiah hole-in-one yang lebih eksklusif melibatkan lima lubang terpilih. Empat daripadanya menawarkan hadiah kenderaan elektrik selain satu lagi lubang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM28,888, menjadikan tawaran hole-in-one edisi kali ini antara yang paling menarik dalam sejarah penganjuran kejohanan ini.

"Kejohanan golf berprestij ini akan berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya, lokasi yang sama yang mencatat kejayaan besar pada edisi ke-11 tahun lalu apabila hampir 500 pemain golf amatur dari seluruh negara mengambil bahagian." ujarnya.

Katanya lagi, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi platform strategik untuk mengukuhkan jaringan industri, memperluaskan hubungan perniagaan serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Must Watch Video