KUALA LUMPUR: Dasar baharu yang memerlukan majikan mengambil pekerja asing baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu dibincangkan bersama pihak berkepentingan yang berkaitan sebelum pelaksanaan.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Syed Hussain Syed Husman meminta penjelasan lanjut mengenai dasar baharu itu supaya sebarang masalah akan dapat diminimumkan apabila ia dilaksanakan.
"MEF berpandangan bahawa dasar baharu sedemikian mungkin menimbulkan isu pelaksanaan memandangkan tempoh enam jam yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen mungkin terlalu singkat.
"Meskipun terdapat kemungkinan tempoh itu dilanjutkan, ia tidak menyatakan berapa lama lanjutan boleh diberikan.
"Berpandukan dasar baharu itu, pekerja asing tidak akan dilepaskan sehingga majikan mereka tiba di KLIA.
"Bagaimanapun, dasar baharu itu tidak menyatakan siapa yang boleh mewakili majikan, bolehkah majikan diwakili oleh Pengarah, Pengurus, para pegawai Sumber Manusia atau ejen yang diberi kuasa untuk menerima pekerja terbabit bagi pihak majikan," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Justeru, beliau berkata dasar yang dicadang iaitu mengeluarkan notis Tidak Dibenarkan Mendarat (NTL) dan menghantar pulang pekerja asing yang sudah berada di KLIA melalui penerbangan berikutnya jika majikan gagal mematuhinya akan membebankan majikan dari segi kos.
"Ia akan menimbulkan banyak kesulitan dan cabaran lain terutama apabil majikan berdepan kekurangan tenaga kerja yang kritikal terutama pekerja asing," katanya.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan majikan dikehendaki menunggu ketibaan pekerja asing baharu mereka di KLIA bagi memastikan bahawa mereka memiliki majikan yang sah.
Beliau berkata majikan bertanggungjawab menguruskan dokumentasi pekerja serta mengesahkan bahawa mereka adalah majikan pekerja terbabit dan peraturan Jabatan Imigresen memberi tempoh enam jam untuk mereka mengambil pekerja asing mereka di KLIA namun dalam keadaan tertentu, tempoh itu boleh dilanjutkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
MEF meminta penjelasan lanjut mengenai dasar baharu itu supaya sebarang masalah akan dapat diminimumkan apabila ia dilaksanakan. - Gambar hiasan
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.