awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja asing maut ditolak rakan asrama dari tingkat tiga

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
04/12/2017
20:54 MYT
Pekerja asing maut ditolak rakan asrama dari tingkat tiga
Seorang pekerja asing maut apabila dipercayai ditolak dari tingkat tiga oleh rakan asramanya di Kampung Acheh, dekat sini, Jumaat lalu. -Gambar hiasan
Seorang pekerja asing maut apabila dipercayai ditolak dari tingkat tiga oleh rakan asramanya di Kampung Acheh, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam video yang tular di media sosial, pekerja warganegara Nepal berkenaan dilihat diangkat menaiki pagar penghadang hostel dan ditolak ke tingkat bawah oleh seorang lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamad Hanif Othman berkata kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat mabuk.
"Kami menerima satu laporan berkaitan dengan kejadian bunuh sekitar jam 2.09 pagi pada Jumaat lepas.
"Siasatan awal mendapati motif berlakunya pergaduhan dan pergelutan berkenaan adalah disebabkan mabuk di mana seorang pekerja kilang, warganegara Nepal telah ditolak jatuh dari tingkat tiga.
"Suspek adalah seorang lelaki warganegara Nepal yang tinggal di hostel yang sama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya setelah hasil bedah siasat di Hospital Seri Manjung.
Mohamad Hanif berkata kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#jatuh bangunan
#Kampung Acheh
#Kanun Keseksaan
#kes bunuh
#media sosial
#pekerja asing
#pekerja Nepal
#Sitiawan
#video viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan