awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja binaan maut dihempap tiang konkrit, rakan cedera

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/12/2020
09:23 MYT
Pekerja binaan maut dihempap tiang konkrit, rakan cedera
Lelaki warga Bangladesh itu berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam selepas kejadian dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. - Gambar ihsan JBPM
NIBONG TEBAL:Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh maut manakala rakannya lelaki warga Indonesia cedera selepas dihempap tiang konkrit semasa menjalankan kerja pembinaan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian pukul 10.25 pagi itu, Md Shriful Islam, 33, maut di tempat kejadian akibat cedera parah manakala Mustofa Salam,50, mengalami kecederaan ringan.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Najib Hashim, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat dua lelaki telah tersepit di bawah binaan tiang konkrit namun seorang daripadanya berjaya dikeluarkan oleh pekerja di situ.
Manakala seorang lagi pekerja masih berada di bawah tiang cerucuk tersebut dan pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengalihkan binaan konkrit itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tiang berkenaan.
"Lelaki warga Bangladesh itu berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika dua pekerja tersebut sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan itu sebelum tiang konkrit itu menghempap mereka.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala pekerja yang cedera juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#pekerja binaan
#warga Bangladesh
#maut
#dihempap tiang konkrit
#Kawasan Perindustrian Valdor
#simpang ampat
#Nibong Tebal
#pulau pinang
#tiang cerucuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan