awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja binaan maut terjatuh dari tingkat 19

Fareez Azman
Fareez Azman
28/12/2020
05:47 MYT
Pekerja binaan maut terjatuh dari tingkat 19
Bahagian hadapan Treler remuk selepas dihempap plat besi dan seorang pekerja tapak binaan dari tingkat 19 di sebuah tapak pembinaan di ibu negara pada Isnin. - Foto JBPM KL
KUALA LUMPUR:Seorang pekerja tapak binaan warganegara Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 19 bersama plat besi di sebuah tapak pembinaan di Jalan Peel, Taman Maluri di sini pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 20 anggota.
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa terjatuh bersama plat besi berukuran lapan kali lapan kaki persegi sebelum menghempap bahagian hadapan treler di tingkat bawah tapak pembinaan itu.
"Di dalam lori tersebut, terdapat seorang lagi mangsa lelaki dewasa warganegara India tersepit dan telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 10.43 pagi.
"Pekerja binaan yang terjatuh dari tingkat 19 telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), " jelas kenyataan itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan patah kaki di bahagian paha dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#JBPM
#bomba dan penyelamat
#anggota
#operasi menyelamat
#mangsa
#terjatuh
#Tapak binaan
#pekerja binaan
#warganegara asing
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan