awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja buruh binaan maut kemalangan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/05/2021
22:50 MYT
Pekerja buruh binaan maut kemalangan
Kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Seorang pekerja buruh binaan maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori.
Nahas berlaku di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berdekatan Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus kira-kira jam 7 petang Selasa.
Mangsa, Ahmad Tarmizi Yusof, 40, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketika kejadian mangsa dikatakan dari tempat kerja di Pulau Kambing, Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Ladang Tayor, Setiu.
Sejurus tiba dilokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori.
Susulan itu juga mangsa tersepit di bahagian pemandu dan pihak bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP AbdulRrahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#buruh
#maut
#kemalangan
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan