awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja buruh binaan maut tertimbus

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/07/2020
10:15 MYT
Pekerja buruh binaan maut tertimbus
Siasatan awal mendapati, mangsa sedang melakukan kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah sebelum secara tiba-tiba tanah dinding yang berhampiran runtuh. - PDRM
Seorang pekerja buruh binaan maut selepas terperangkap di bawah runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian berlaku pada 12.58 tengah hari, pada Isnin dan melibatkan lelaki warga asing berumur 35 tahun.
"Siasatan awal mendapati, mangsa sedang melakukan kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah sebelum secara tiba-tiba tanah dinding yang berhampiran runtuh dalam bentuk ketulan besar lalu menimbus mangsa secara keseluruhannya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.
"Siasatan akan dilakukan secara terperinci untuk melihat segala aspek insiden berkenaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#buruh binaan
#Hospital Sungai Buloh
#PDRM
#pekerja buruh
#polis
#tertimbus
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan