awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja hilang pekerjaan mulai 2018 layak terima elaun tunai

Bernama
Bernama
05/12/2017
10:16 MYT
Pekerja hilang pekerjaan mulai 2018 layak terima elaun tunai
Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut. - Foto Facebook
Mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.
Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.
"Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) layak mendapat faedah tetapi mereka yang tamat tempoh kontrak perkhidmatan tidak layak menerima faedah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata PERKESO akan mengadakan jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.
SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.
Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.
Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#hilang
#hilang kerja
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#menganggur
#Mohammed Azman Aziz Mohammed
#pencen
#perkeso
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#rakyat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan