awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kafe UniSZA cedera ditetak dengan pedang di Besut

Bernama
Bernama
11/04/2015
06:14 MYT
Pekerja kafe UniSZA cedera ditetak dengan pedang di Besut
Mangsa berusia 31 tahun, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja. - Gambar hiasan
Seorang pekerja kafe Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila di sini cedera di bahu kanannya akibat dilibas dengan pedang oleh seorang lelaki tidak dikenali awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata ketika kejadian, mangsa berusia 31 tahun, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja kira-kira pukul 12.15 tengah malam dengan menunggang motosikal bersendirian.
"Semasa dalam perjalanan, mangsa menyedari dia diekori seorang penunggang motosikal lain dan ketika melalui kawasan berhampiran Stadium Mini Kampung Raja, suspek sambil lalu telah menetak mangsa dari arah belakang, mengenai bahu kanan mangsa yang mencederakannya," katanya.
Mangsa kemudian terus menunggang motosikal ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan dalam keadaan berlumuran darah, kemudian dibawa keluarganya ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#Besut
#Khaled Che Lah
#tetal
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan