awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kapal ikan dikhuatiri lemas

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
02/10/2019
03:20 MYT
Pekerja kapal ikan dikhuatiri lemas
Radius pencarian operasi SAR tertumpu di kawasan perairan 5 kilometer menghala ke Kampung Semah dan perairan Daro, menghala ke Jeti Batang Lassa. Foto ihsan JBPM
Seorang pekerja kapal ikan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Paloh, Belawai, dekat sini, pada Isnin.
Setakat ini, operasi mencari mangsa yang dikenali sebagai Hillary Jelandai, 26 tahun, yang masuk hari kedua, masih belum berhasil.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 10.25 malam.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Manis.
Operasi melibatkan 12 orang anggota dari BBP Tanjung Manis dan BBP Daro, menggunakan dua bot, serta tiga anggota polis dari Balai Tanjung Manis.
"Radius pencarian tertumpu di kawasan perairan di 5 kilometer menghala ke Kampung Semah dan perairan Daro, menghala ke Jeti Batang Lassa," kata PGO Sarawak dalam satu kenyataan di sini.
Seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pekerja kapal dikuatiri lemas melihat peta operasi yang dijalankan di perairan Sungai Paloh sehingga ke Batang Lassa semalam. Foto ihsan JBPM
Seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pekerja kapal dikuatiri lemas melihat peta operasi yang dijalankan di perairan Sungai Paloh sehingga ke Batang Lassa semalam. Foto ihsan JBPM
Menurutnya, kehilangan mangsa disedari apabila tiga pekerja lain cuba memanggil mangsa untuk makan bersama sekitar jam 5 petang.
Setelah usaha mencari mangsa di dalam kapal menemui kegagalan, mereka memaklumkan perkara itu kepada pihak majikan untuk membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#Belawai
#bomba
#bot
#hilang
#kapal ikan
#lemas
#mangsa
#operasi
#pekerja kapal
#polis
#SAR
#Sarawak
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan