awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai nasi kandar maut ditetak, diserang tiga lelaki bertopeng

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/03/2025
08:38 MYT
Pekerja kedai nasi kandar maut ditetak, diserang tiga lelaki bertopeng
Mangsa yang cedera parah dikatakan cuba melarikan diri namun rebah berhampiran kedai. - Foto PDRM
TASEK GELUGOR: Seorang pekerja kedai nasi kandar maut dipercayai ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah kedai nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, di sini pada pagi Jumaat.
Mangsa seorang warga Myanmar berusia 38 tahun, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu.
Difahamkan mangsa diserang tiga orang lelaki bertopeng yang datang ke kedai berkenaan.
Mangsa yang cedera parah dikatakan cuba melarikan diri namun rebah berhampiran kedai.
Difahamkan, ketiga-tiga orang suspek melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang dipandu suspek keempat.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#pekerja kedai nasi kandar
#mati ditetak
#lelaki bertopeng
#tasek gelugor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan