awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang pakai 'gelang pink' beli barang di kedai

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2021
00:12 MYT
Pekerja kilang pakai 'gelang pink' beli barang di kedai
Pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit PUS berlegar-legar di kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor yang tular di media sosial pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan menerima aduan berhubung video tular beberapa orang pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) berada di sebuah kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit merupakan kontak rapat yang sedang menunggu bas untuk dibawa ke pusat kuarantin di Meru.
Bagaimanapun, katanya, kesempatan itu digunakan beberapa pekerja untuk pergi ke kedai.
"Pihak polis telah sampai di tempat tersebut dan telah mengarah pekerja tersebut berkumpul untuk dibawa ke pusat kuarantin.
"Polis difahamkan seramai 44 pekerja kilang terbabit positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini seorang pemilik akaun media sosial memuat naik status memaparkan rakaman video beberapa pekerja warga asing membeli barangan dan berlegar-legar di sebuah kedai walaupun memakai gelang PUS di tangan.
Status yang dimuat naik itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada orang ramai.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Pekerja kilang pakai 'gelang pink' beli barang di kedai
Topic Berkaitan
#gelang
#kedai
#Pekerja
#kilang
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan