awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kontrak maut dihempap kontena

Bernama
Bernama
18/12/2013
00:36 MYT
Pekerja kontrak maut dihempap kontena
Seorang pekerja kontrak pelabuhan maut akibat dihempap kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Selasa.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, maut di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kontena yang sedang dialihkan menggunakan kren dari sebuah treler ke atas kapal terjatuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata siasatan kes itu masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Faizul Mansor, 29, berkata Shahidi ada memaklumkan untuk membawa keluarganya bercuti ke pulau Langkawi, Kedah dalam musim cuti sekolah ini.
Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan arwah ketika makan malam tadi.
"Kami tinggal bersama di rumah ayah saya di Tasek Gelugor, dekat sini. Arwah memang seorang yang baik hati dan amat rajin bekerja sejak kebelakangan ini.
"Arwah pernah menyatakan hasratnya untuk mencari kerja lain yang tetap demi kesenangan isteri dan anaknya," katanya ketika ditemui di HSJ.
Topic Berkaitan
#Butterworth
#pekerja kontrak maut dihempap kontena
#Terminal Kontena Butterworth Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan