awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
27/05/2023
16:38 MYT
Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai
Seorang pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
IPOH: Seorang lelaki pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian yang melibatkan mangsa lelaki berumur 48 tahun dan berasal dari Gerik itu pada jam 4 petang.
Katanya, hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan itu turut melibatkan sebuah mesin pengorek yang juga dikendalikan mangsa ketika kejadian.
“Semasa kejadian, pada jam antara 12 tengah hari hingga 1 petang, mangsa yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan batu di dalam kawasan kuari tersebut telah tersepit dalam kokpit mesin pengorek akibat dihempap oleh batu.
“Mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kokpit mesin pengorek oleh anggota penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 6.45 petang dan petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#pekerja kuari
#dihempap batu
#simpang pulai
#Polis Daerah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan