awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kuari tertimbus runtuhan batu di Raub

Bernama
Bernama
14/09/2025
02:40 MYT
Pekerja kuari tertimbus runtuhan batu di Raub
Mohd Shahril berkata operasi SAR pada semalam yang melibatkan PDRM, JBPM serta pelbagai agensi lain berdepan kesukaran berikutan masih berlaku pergerakan tanah. - Foto PDRM/BERNAMA
KUANTAN: Seorang pekerja kuari dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di Kuari IJM, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub kira-kira 12.50 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu dari kawasan bukit berhampiran.
"Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera yang dipandunya, sebelum dihempap dan tertimbus. Radius kawasan yang tertimbus dianggarkan 300 meter, manakala kedalaman kawasan tertimbus belum diketahui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiga lagi pekerja warga asing mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Raub.
Mohd Shahril berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pelbagai agensi lain berdepan kesukaran berikutan masih berlaku pergerakan tanah.
"Pasukan Bomba telah memohon bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM yang dijangka memulakan operasi mengesan mangsa hari ini. SAR pada hari pertama ditangguhkan kira-kira 7.30 malam kerana keadaan lokasi yang gelap," katanya.
Operasi SAR diteruskan 8 pagi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#runtuhan batu
#kuari
#Raub
#pergerakan tanah
#pekerja kuari tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan